dah nak masuk 2013..lagi beberapa bulan

 coming soon
 tahun ni sangat bermakna dengan kehadiran benih cinta kami..
mia masa cukur jambul

rasa cepatnya masa berlalu 2012 bakal pergi untuk beberapa bulan lagi..2o12 tahun sangat bermakna untuk saya dan suami...rasa nak bagi masa lambat jerk berlalu sebab sedih nak tinggalkan tahun 2012..tp apakan daya masa sentiasa kedepan kita tak mampu nak undur masa...

huhu tahun ni jugak saya dapat kerja baru..dan alhamdulilah rezeki dari Allah untuk family kami...tp tahun ni jugak dugaan besar bila mia  banyak kali tak sihat..tapi saya kena ingat ini semua dugaan dari Allah untuk saya dan suami...

saya pulak bila mia tak sihat saya cepat susah hati nak buat kerja kat opis pun tak tenteram..walaupun kak opis sering bergurau dengan kawan saya mimi..tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu bertapa risaunya saya...

mia naik ruam

 mia mama cayang
 bila deman tak nak dengan papa
tapi selalu sebut nama "papa"

hari ni saya terpaksa EL disebabkan damia naik ruam..sebelum pi klinik saya ingatkan damia terkena campak..pic mia naik ruam tak dapat nak upload sebab usb nak transfer gambar saya tak jumpa..hehe so letak ler pic lama..hehe

asalnya mia deman..lepas baik dari deman mia naik bintik2 tu saya suspek dia kena campak..hehe main agak2 jerk tup2 alergik..a.k.a naik ruam..hehe saya tahu kulit anak saya ni sensitip mcm saya jugak...hehe kul 11 tadi kelam kabut pi klinik..

mia kalau deman mmg payah nak tido..saya terpaksa berjaga sampai pi kerja mengantuk nak makan pun dah tak ada selera asyik pikirkan kesihatan anak...tapi nasib baik jugak walaupun deman mia ada selera makan..


deman adam dan hawa

 hero adam....
 dari novel ke kaca tv
adam dan hawa...

sekarang tengah musim cerita adam dan hawa saya pasti ramai yang dah tengok cerita ni...pada mereka yang dah ada astro mustika hd kat rumah bestnya boleh tengok..saya lak hanya dapat tengok selepas en.hubby sayang download..hehe

sebenarnya saya teruja sangat nak tengok cerita ni sebab saya dah baca novel adam dan hawa ni..ceritanya best sangat...bagi saya lakonan nadiya nisaa patot diberi pujian 5 bintang...coz nadiya berjaya membawa watak hawa dengan berkesan..

dan tak lupa juga pada penulis novel yang saya memang minat sangat dengan penulisan aisya sofea,..memang terbaik...kalau dah gaji saya mesti beli novel.almaklumlah bosan duk dalam komuter better baca novel..hehe tak buang masa dan layan jiwa..huhu

mia dah nak setahun...cepatnya..

 mia dalam walker
 mia masa cukur jambul
mia sekarang dah nak masuk 9bulan

rasa sekejap jerk masa berlalu makin lama mia semakin membesar...sekarang dah makin cerdik..hehe mama doakan moga mia membesar sebagai anak yang solehah amin..mama sayang anak mama..sekarang mia leka tengok tv..hehe pantang buka astro ceria mesti ranga mulut..hehe teruja kot..

seronok sebenarnya bergelar seorang ibu..tapi kadang2 hilang sabar jugak..hehe fikir balik agaknya macam nilah mak saya jaga saya masa kecil dulu...mia lahir 21.12.2011..saya pula lahir 21.1.1983...hehe sama kan tarikh kami..hehe

mia lahir kat hkl..rasa lepas ni tak nak dah bersalin kat hkl...masa nak lahirkan mia mama tengah syok tengok master chef,,..hehe tiba2 air ketuban pecah..takot jugak masa tu al maklumlah first time...tak ada pengalaman...hehe