nur hannah damia bt mohd helmy

anak mama kuning..
mia dan papa
fresh from oven..3.3 kg...c-zer..

akhirnya pada 21/12/2011 saya selamat melahirkan puteri sulung saya dengan kaedah c-zer..seram sejuk jugak bila doktor suh saya c-zer al-maklumlah teman tak ada pengalaman sebegini..

nasib baik jugak saya bersalin time cuti sekolah sempatlah mak saya datang menjaga saya dan baby...hari kedua baby kena kuning..sedihnya rasa masa tu sbb susu badan tak ada nak bagi baby minum...

tp nak ucapkan terima kasih pada nurse yang baik hati...yang tak baik hati tu simpan jerklah dalam hati moga Allah sahaja membalasnya...paling tak boleh lupa kawan adik saya yang banyak membantu sepanjang kat hospital..

master chef malaysia-penyingkiran

master chef malaysia
deena tersingkir semalam
menonton dengan en.hubby kat rumah..

semalam tengok master chef malaysia tengok dina terkeluar..sedih sangat sbb dina ni kira terer jugak sbb dia pernah dapat pin kebal..hari ni pulak kali kedua amita lawan master chef..harap2 amita berjaya mendapat pin kebal..

program ni seronok sangat saya suka memasak tp kalau nak masuk master chef ni masakan kena kreatif dan mesti tahu berjenis2 masakan..baru senang nak menjalani cabaran2 yang seterusnya...

nasib baik kat rumah ada astro pvr dapat rakam..masa kat hospital hari tu tak dapat tengok..jadi en.hubby rakamkan untuk saya..so lepas keluar dari hospital dapat jugaklah tengok master chef ni..hehe

kopok lekor

kopok lekor from tok mama
kopok lekor ganu en.googleskopok lekor dengan sos en.googles (kepada tuan punya gambar mintak maaf pinjam kejap ek)

malam ni tiba2 nak makan kopok lekor..tp pasar malam jauh ler pulak dekat2 nak due ni en.hubby tak bagi kuar rumah punya..huhu nak tak nak telan air liur jerklah teman..huhu ni salah satu makanan tradisi yang saya dan en.hubby gemari..

tp kopok lekor yang paling terbaik setakat ini made in ganu ya Allah sedap tak terkata..hehe meleleh air liur saya bila teringat kat kopok lekor ni..sedapnya..nak pi ganu jauh ler pulak..huhu tengok gambar pun jadilah kot..

kopok lekor yang paling best kalau banyak ikan berbanding kanji..ya Allah rasa nikmatnya yang rebus dan tak goreng pun dah sedap..tp setengah orang tak bole makan kalau yang belum goreng..hehe

Due date 18/12

baby...en.googles
stenby menjadi ibu en.googles
sebelum preggy selepas preggy en.googles

due date saya semakin hampir tap masih belum ada tanda nak bersalin..sekarang tengah mencari petua2 yang memudahkan untuk bersalin..macam2 saya buat..berjalan...minum air solat hajat...

kat sini nak mintak petua dengan kawan2 yang dah berpengalaman saya nak kena sedia mental dan fizikal untuk kelahiran anak pertama saya...kalau tak bersalin jugak masa due..19/12 saya kena pi hospital..

baby alhamdulilah aktif..cuma sekarang dah kerap sakit pingang dengan ari2 saya..cuma tak berapa kuat..dalam masa sama risau jugak..kalau tak nak kuar doktor nak induce..maknanya paksa bersalin...

Rindu nak jogging

weekend
dulu rajin jogging
sebelum mama beli kasut

wah rindunya masa sebelum preggy saya dengan en.hubby suka jogging..sekarang jogging dalam rumah jerklah perut dah makin sarat..tunggu masa anak mama nak kuar..sehari2 ke saehari kami menunggu dengan penuh sabar..

dulu asal sabtu dan ahad jerk wajib jogging tp sekarang dah mengandung tak dapat buat aktiviti ni takot terberanak kat titiwangsa..hehe hubby cukup risau tambah lagi sekarang dah sarat dan tunggu masa nak kuarkan baby..

dulu masa mula2 start aktiviti ni saya tak ada kasut so just jalan2 jerklah..tp lepas dah ada kasut follow papa joging 3 pusingan kat titiwangsa..pastu wat aktiviti naik bukit turun bukit..hehe seronok sangat..

Azim yang pemalu

azim yang cumel..
anak makcik saya kat selayang
masa umur dia 2hari..

hari ni nak cerita pasal anak makcik saya ni yang mmg bole tahan pemalunya..dengan family dia ok jerk..tapi bila saya dengan en.hubby datang kerumah dia cepat2 dia bawak botol susu dia sembunyi kat dapur..alahai azim/...

tapi kanak2 pemalu ni ada risiko jugak..mereka ni perlu dibantu sbb poblem ni boleh menggangu pembesaran dan pembelajaran dia nanti..tp nak cakap lebih pun saya belum lagi berpengalaman menjadi ibu..coming soon..hehe

makcik saya sebenarnya risau jugak dengan azim ni..dalam banyak2 anak dia azim jerk yang pemalu..hehe yang lain semua ok..bila saya dengan en.hubby nak ambik dia terus dia melalak..hehehehe...

Sambal sardin

sambal sardin
suka jenama ni
sambal sardin en.googles

saya rasa ramai orang yang gemar makan sardin..kalau kat umah mak saya yang suka makan sardin adik no.3 dengan adik bongsu saya.termasuklah saya..sardin ni boleh makan dengan nasi,roti dan juga lempeng...

setengah orang masak sardin pelbagai gaya dan jenis resipi hubby saya suka makan sambal sardin..saya lak suka sardin masak kicap masakan mak saya..tp hubby tak makan style macam tu dia tak biasa...

makan sardin ni sekali sekala mmg sedap..tak boleh makan hari2 jugak..almaklumlah product dalam tin..hehe kawan2 lak macam mana masak sardin mesti ada style tersendiri kan..ni yang seronok nak kongsi...

Sarapan nuget


nuget ikan en.googles
nuget ayam en.googles
nuget saya yang tungang langang..hehe

nuget ni kegemaran saya dan suami..biasa kami beli jenama ayamas..hehe tp tak makan hari2 nanti kolestrol bertambah..nak2 lagi saya sekarang ada darah tinggi so kena kontrol makan..2keping sudah cukup..

biasa kalau makan nuget ni saya suka cicah dengan sos cili thai..hurm sedap tak terkata dulu bole makan banyak2 sekarang kena kontrol makan..sebab teringin sangat nak makan maka saya pun goreng lah..

tadi search internet nampak nuget ikan..pernah makan nuget ikan ni rasa dia macam kopok lekor..hehe tp tak boleh lawan kopok lekor ar sbb kopok lekor lagi sedap..hehe pernah jumpa nuget sotong tak???????????

Ikan sweet sour

percubaan pertama..
en google ni nampak sedap...mintak maaf yerk tuan punya gambar saya pinjam
percubaan kedua...

hari ni nak publish kat kawan2 pasal ikan sweet sour yang menjadi kegemaran saya..saya masak ikan sweet sour ni pakai ikan kembung kot..tp nak lagi sedap pakai ikan bawal...huhu nak beli ikan bawal kedai bawal flat saya tak jual ikan ni..

ikan ni kalau makan panas2 time lunch memang sedap dan membangkitkan nafsu makan..hehe tp jangan makan dengan gelojoh sebaliknya makan dengan penuh kesopanan yerk..hehe kadang2 buat jugak aksi tu..hehe

tapi sekarang dah nak dekat sarat ni suami tak bagi saya masak takot saya tak larat nak kemas dapur dan takot saya cepat penat..hehe jadi sekarang nak apa jerk call papa sah2 dia belikan kalau ada kat kedai ar..hehehe

Kad kawin

kad kawin bunga(en.googles)
kad kawin kartun(en.googles)

kad kawin saya

sekarang ni cuti sekolah ramai betul orang tamatkan zaman bujang..hehe teringat lak kad kawin saya dulu punyalah saya dengan hubby kelam kabut buat last minit..hehe saya cari yang paling simple jerk..

kalau ikutkan nak buat sendiri tp pikir punya pikir kalau buat sendiri sah2 tak cantik..kami tempah kad kawin ni tak banyak dalam 400 kalau buat 1ribu dapat banner tp nak buat apa dengan banner tu..hehe

sekarang ni macam2 jenis kad kawin yang paling menambat hati saya sekarang kad kawin kartun cumel sangat..tp masa dah berlalu..hehe walaupun kad kawin saya sempoi tulah kenangan yang indah buat saya dan hubby..

Makin cerdik

mat akih cumel...
hisap puting..hehe
akih dengan tok mama

ni anak buah saya..makin besar makin cerdik dia..paling saya suka bila dia bercakap..kadang2 saya tengok video dia berkali2..mummy dia lagi banyak kali tengok dari saya..hehe sekarang mummy dia cuti suka ar budak tecik ni..hehe

anak buah saya ni ada tabiat pelik..hehe kalau bising dia tido lena tp kalau sunyi dia mudah terjaga..tp tu masa dia dalam pantang..maybe mummy dia cikgu dia suka suasana yang gamat..hehe

tak sabar nak tengok perkembangan akih dari bulan ke bulan..adik saya ara yang suka update picture dia kat fb..picture kat atas ni masa mak saya datang ke rumah saya..masa tok mama nak balik rasa sedih sangat..

Hidup mesti berpasangan..

ain dan yob bakal pengantin 2012..hehe
mak dan abah saya..saya dan en.hubby...
mak mertua dan ayah mertua saya..ni masa raya..

bila tengok mak saya dan mak mertua saya..bestnya dah lama mereka kawin asam garam rumah tangga mcm2 telah mereka lalui..sehinggalah melahirkan anak2..saya nak rumah tangga saya dan suami kekal sampai surga..amin...

org kata makin tua makin romantik..hehe best kan hidup sentiasa romantik bergurau senda suami isteri..hilang rasa sedih..tp hari tak selalu gembira ada kalanya kita diuji dengan bebagai dugaan selagi kita hidup..

hidup mesti berpasangan kalau dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga sehingga bertahun2 anda sangat2 berjaya dalam membentuk rumah tangga yang harmoni..harap perkahwinan saya ni bertahan lama mcm mak saya dan mak mertua saya..inpirasi ni..hehe

admit ward

bermalam di hospital...
wah tak bestnya masuk ward..
ni anak kawan saya dia selamat bersalin kul 5 pagi..sajer letak pic ni nak bagi semangat..

wah tak sangka betul gara2 tak dapat tido malam bp saya naik sampai 160..terus kena admit ward..argh lagi tension...

rindu betul kat blog ni..dalam ward tak bole bawak laptop lak tu..takot kena curi pihak hospital tak nak bertangungjawab..3hari dalam ward...nak pastikan bp saya stabil..alhamdulilah dengan rest yang cukup bp saya stabil...

kat hospital dapatlah tengok golongan yang senasib dengan saya..kebetulan masa kat hospital kawan saya ni dah nak bersalin kul 5 pagi dia bersalin dapat baby boy..cumel anak dia saya letak kat blog nak bagi semangat untuk saya..lagipun cuma tinggal dua minggu lagi..berdebarnya...